
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam berkenalan saya ucapkan kepada semua. Nama saya Nor Azlinawati bt. Mamat. Saya berasal dari Terengganu. Dilahirkan pada 26 April 1976 pada jam 6.00 pagi di Hospital Kuala Terengganu. Saya lebih senang di panggil 'Tiey'. Saya hidup dalam sebuah keluarga yang sederhana. Bapa saya bekerja sebagai seorang pemandu di Jabatan Kerajaan, manakala ibu saya sebagai suri rumah. Saya adalah anak sulung daripada 6 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Saya adalah gadis yang berbintangTaurus, mempunyai ketinggian 170 cm dan berat pula 50 kg. Kini kami sekeluarga tinggal di Kampung.Telaga , Kuala Berang.
Okey�. sekarang kita ikuti pula sejarah pendidikan saya. Pada usia 6 tahun, saya dihantar belajar di Tabika berhampiran rumah saya. Setelah itu saya belajar di Sekolah Kebangsaan Telaga selama 3 tahun. Masuk darjah 4, saya telah dipilih memasuki sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Kebangsaan Tengkawang. Em�. sedihnya terpisah dengan keluarga. Saya belajar di sini sehingga darjah 6. Di peringkat Menengah pula, saya mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah sehingga ke tingkatan 6. Saya juga menyertai pelbagai persatuan ketika di sekolah, antaranya Persatuan Puteri Islam, Persatuan Sejarah, Persatuan Sains dan Matematik dan lain-lain lagi. Pendidikan saya tidak terhenti setakat ini sahaja. Sabda Rasullullah, "Tuntutlah ilmu dari buai hingga ke liang lahad'. Maka dengan itu saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia).