Nama saya Norasyikin binti Abdul Sani. Di kalangan rakan-rakan saya dipanggil Syikin sahaja. Saya dilahirkan di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 9 Mei 1980 dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik.
Bapa saya bertugas di Tenaga Nasional Berhad, manakala ibu pula masih meneruskan perkhidmatannya di salah sebuah jabatan kerajaan. Kami sekeluarga menetap di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Biarpun usia saya baru menjangkau 19 tahun, saya amat gemar mengikuti aktiviti-aktiviti lasak seperti rock climbing, jungle tracking dan berkayak bila ada masa terluang. Berbeza dengan selera muzik, saya lebih menggemari muzik klasik dan berentak perlahan seperti jazz dan r&b. Saya amat gemar mendengar lagu-lagu ciptaan Mozart, Beethoven dan Chopin. Dalam pemilihan warna pula, saya menggemari warna biru - warna yang melambangkan ketenangan dan perfection.