
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda netters semua.
HAI HAI HAI.......terima kasih kerana mengunjungi homepage kami. Nak tahu tak tentang diri saya???...Begini ceritanya.��.
Pada jam 11.00 pagi tanggal 26 Julai 1980 bersamaan hari Sabtu, seorang ibu muda telah selamat melahirkan seorang bayi yang cukup comel lagi cunnya (siapa lagi, saya lah tuuuu��..). Saya telah dilahirkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Oleh hal yang demikian, dikatakan saya ini orang Kuala Lumpur @ Wilayah Persekutuan @ Bandaraya @ Ibu Kota. Tapi ingat, kata orang ibu kota lebih zalim daripada ibu tiri. Betel ke tidak saya tak tahu. Yang pastinya saya bukan daripada kategori ini.
Saya merupakan anak sulung dripada enam beradik. ...Wow....Ramainya....Tapi itulah realitinya. Saya mempunyai empat orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.Oppss lupa pulak...Bapa saya berasal dari Selangor, manakala ibu saya pula berasal daripada Perak. Bapa saya berkhidmat dengan sektor kerajaan sebagai seorang anggota polis. Manakala ibu saya pula seorang suri rumah.
Nak tahu tak zodiac saya??? Saya ni gadis yang berzodiac Leo. Hobi saya membaca novel dan mendengar radio. Warna kesukaan saya pula ialah warna putih. Warna yang yang melambangkan kesucian. Begitulah sedikit lebih kurang ebih kurang cerita tentang diri saya adanya.