
Setiap orang tentu mempunyai hobi masing-masing. Apakah hobi anda? Hobi saya tentulah memasak. Saya suka memasak masakan tradisional atau moden. Saya juga telah mengumpul pelbagai resepi masakan daripada majalah-majalah dan saya suka mencuba resepi-resepi yang baru. Melalui masakan, saya mendapat kepuasan diri dan menguji tahap kesabaran kita. Jika anda mempunyai hobi yang sama, apa kata kita mencuba satu resepi yang dicipta oleh saya sendiri iaitu Kek Kelapa, Korma dan Keju.
Bahan-bahannya:
500 gram cheese krim, 125 gram krim president, 3 biji telur, 100 gram gula, 125 gram korma (dicincang), 130 gram santan, 2 titis esen kelapa, 180 gram marzipan, 10 biji buah korma (hiasan), 250 gram span vanilla
Cara-cara membuatnya:
Pukul keju bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu, kemudian masukkan korma (cincang), santan dan esen. Sediakan acuan kek dengan vanilla span di bawahnya. Tuang adunan dan bakar selama 45 minit. Sebagai hiasan sapukan gel aprikot dan lekatkan buah korma yang diisi dengan marzipan. Selamat mencuba.