"Charity Begin at Home", "Rumah Itu Syurgaku". Inilah dua untai rangkap yang dapat saya simpulkan bagi menggambarkan persepsi saya terhadap keluarga saya. Kedua ibu bapa saya melansungkan perkahwinan mereka pada 2 Jun 1979 dan kini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Ayah saya Abdul Sani Abdul Aziz kini berusia 44 tahun dan kini bertugas sebagai Pengurus Sumber Manusia di Tenaga Nasional Berhad. Beliau banyak memberi saya dorongan untuk berusaha gigih dalam hidup. Saya masih ingat bagaimana ayah telah meneruskan pelajarannya ke peringkat ijazah walaupun setelah berumah tangga. Menurutnya, kemiskinan telah membuat beliau terlepas peluang untuk menyambung pelajarannya. Bagaimanapun itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk terus maju.

Ibu saya pula, Zaharah binti Alwi bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Jabatan Tenaga Rakyat. Sebagi isteri, beliau telah banyak berkorban membantu menampung perbelanjaan keluarga serta menjadi pendorong semasa ayah melanjutkan pelajaran dahulu. Sesungguhnya pengalaman hidup yang beliau miliki tidak mungkin dapat saya tandingi dengan ijazah sebagai bandingan.

Adik kedua saya berumur 15 tahun. Namanya Khairul Anwar dan masih lagi menuntut di Sekolah Menengah Taman Maluri dalam tingkatan tiga. Menurut ayah pemberian nama Anwar kerana ayah terlalu mengkagumi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau amat meminati bidang nyanyian, malah suaranya mirip Salim (dari kumpulan IKLIM). Khairul agak jenaka orangnya dan kerap ditegur ayah kerana agak nakal.

Farah Adiba pula merupakan adik saya yang bongsu. Kini masih menuntut di dalam Darjah Tiga di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan 1. Sebagai anak bongsu, Farah merupakan 'buah hati' kami sekeluarga.