Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan 2 sejak berusia tujuh tahun. Setelah menamatkan 6 tahun di situ, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Sekilah Rendah (UPSR). Berkat doa kedua ibu bapa berserta usaha gigih yang berterusan, saya telah berjaya mengekalkan tempat saya di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam aliran sains tulen. pada tahun 1995. Saya telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1997 dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulliah, saya telah diterima untuk meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi Sains Hayat Universiti Putra Malaysia dan kini saya sedang mengukuti program Bac. Sains (PSM) . Semasa di sekolah dahulu saya bergiat aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum. Saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Pengawas Sekolah, Pengerusi Kelab Kembara, Setiausaha Kelab Usahawan Muda, Kapten Pasukan Bola Tampar dan Badminton sekolah serta Naqibah Asrama.