PENDIDIKAN

"Islam menggalakkan manusia menuntut ilmu". Betul tak? Inilah pula mengenai sejarah pendidikan saya:

Saya mula mengenal alam persekolahan di Tabika KEMAS semasa berumur 5 tahun. Selepas itu saya meneruskan pengajian di sekolah rendah Perempuan Methodist 2 sehingga ke darjah enam. Takkan setakat ini sahaja,ada Lagi, tungguuuu.��.. Syahdan sayapun melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Perempuan Methodist. Alhamdullilah saya seterusnya berjaya menyambung pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya dikira orait jugalah. Saya merupakan pelajar lepasan matrikulasi PTPL di Ampang. Di situ saya mengikuti jurusan fizik.... Wow....takutnya... Setelah berhempas pulas dengan kuliah dan peperiksaaan bagai nak rak, akhirnya saya telah melepasi segala rintangan dan kini bergelar siswazah di menara gading (bangga you). Kini saya sedang mengikuti program Bac. Sains (PSM) di Universiti Putra Malaysia (walaupun saya ni puteri). Oh ya ....Lupa lak...Saya ada memegang beberapa jawatan penting semasa di sekolah dulu. Antaranya Pengerusi Persatuan Sejarah dan Geografi, Ketua Kelas, Pengawas, Penolong Ketua Kelas serta Bendahari. Pendek kata mana-mana jawatan yang glamour tu sayalah yang pegang - Sesuai dengan watak yang glamour sejak azali lagi. Saya juga merupakan bekas ahli Persatuan Sejarah dan Geografi, Kelab Bola Jaring, kelab Pencinta Alam dan Persatuan Sains dan Matematik. Saya juga pernah mewakili sekolah dalam penulisan sajak, sains dan pertandingan 'choral speaking'.